Friday, May 24, 2013

NTERVIEW MAINS (part 2)

Assalamualaikum

UJIAN KECERGASAN

 Tepat pukul 9 pagi hari sabtu dah ada dan wajib ada kat pusat dakwah islam seremban, Tandatangan nama seperti yang akak tu suruh, kitorang menunggu bas untuk ke Lenggeng. Okeyh jap, entry ni tak panjang. just nak share apa yang korang patut buat and tak patut buat and amik pengajaran apa yang patut dalam cerita ni okayh :)

Baju labuh bawaklah 4, tudung siap beriron tau sbb kat sana takde iron, bwaklah 3, kasut sukan wajib, stoking 3, tuala 1, emm tu je kot. 

 Sampai Lenggeng, bas tu behentikan kitorang kat depan tokong cina, then keluar bas keluarkan beg. Uztaz tu cakap kitorang kena berjalan kaki sampai ke resort dalam lebih kurang 8km. what? 8 km? jauhh gilaa. Semua macam tak percaya 8 km, dahlah masa tu aku pakai baju kurung. Lawak weh :D sebab masa tu dia tak inform pakai apa, so aku, ain ngan atin pakat lah pakai baju kurung :P beg baju van tolong hantarkan.

 Jalan2 sampai resort, masuk dewan And ada penerangan la sikit2 dapat fail dapat tag nama besar kot. Gayat aku dengan tag nama besar tu. Nanti ada pecahan kepada group. 1Group 10 orang ke 11 lah. Every group ada fasi. Okaylah jugak, aktiviti tak nak share sebab malas nak typing. ngehngeh, tak penting kut kat junior kalau nak tahu pasal aktiviti dia.

 Eh tak cerita lagi pasal bilik tidur dia kan? Aku dapat sebilik ngan ain, again nasib baik ada kawan. hehehe. Just nice la room dia, ada aircond, 1 bilik 20 orang. Katil aku sebelah ain :) Ada 2 bathroom. Makan kat sana okay la, boleh lah. Kata penginapan smua sana ditaja mains kan. So sepanjang 2 hari memang kita tak spent duit lah.

 Apa yang penting, korang masa aktiviti memang kena perform, kalau senyap je memang dapat markah rendah lah untuk ujian kecergasan ni. Perform maksud aku kena berani cakap dihadapan orang ramai, kena berani bagi pendapat tahuu! And jangan selfish! semua tu dikira tau tak by fasi, Jangan selfish tu macam jangan kau sorang je nak promote kau tu banyak kelebihan daripada orang lain, pendapat pulak, asyik kau sorang je nak kasi pendapat, sampaikan kau rasa pendapat orang lain kau tak nak terima. Dan jangan semangat assabiah tu kuat sangat, contohlah budak sekolah kau ramai kat sana, so, janganlah masa discussion group tu kau bincang dengan kawan-kawan sekolah kau je. Dari mata aku memang tak adillah kan, memang nampak macam eh bagusnya dia banyak bagi pendapat, banyak bersuara, sampaikan backoff orang2 lain untuk bagi pendapat. Sangat tak boleh. Sampaikan aku fikir eh budak ni mesti tinggi markah ujian ni nanti. Aku cerita ni based on pengalaman yang pernah aku kena masa kat sana. *budak yg aku terasa tu tak dapat pun mains ni, agak2nya sebab tu la kut*

 Aku terasa la jugak dengan sorang ahli group aku sorang tu, dia nak bincang pun dengan budak sek dia je, tapi aku perform jugak sedaya upaya, kasi pendapat dalam grup, active la jugak. hehe. Tak kisahlah pendapat kau tu orang tak nak terima ke, asalkan berani cakap and berani tampilkan pandangan. Sebab tu je basic untuk kau involvekan diri dengan bagus and dapatkan hati kakak or abang fasi tu. Aku takde lah seperform sangat macam yang budak2 yang memang berani gila cakap kat depan,walaupun tak ramai, tapi aku ada lah jugak bentangkan pasal ahli group kitorang, explaining pasal matlamat grup. Malu memang malu sebab kena cakap kat depan depan ramai orang. But u have to do it, just kill your guts. Kena bagi komitmen 100% dengan libatkan diri korrang dalam pebincangan, kalau korang jadi pendengar setia pun okay jugak. Yarh takkan la semua orang dalam group tu nak jadi leader kan? So tengok keadaan la, kalau ada chance, just grab it to be a leader during certain activities.

 Then, masa hari last kitorang kat sana. Ustaz Uzair kasi surat tawaran kat budak yang dapat score 80 % above ujian bertulis. Sorang demi sorang nama orang lai keluar, dan dan je nama aku kena sebut kat ustaz and I was like Omaigadd! Tak sangkaa aku boleh score.. Yeahh ada chance ni nak terpilih ni but wait wait wait. Still ada interview yang nak kena pass dulu. Jom g interview. Klik kat sini INTERVIIEW. 

1 comment: