Sunday, September 21, 2014

Cinta

Hi and Assalamualaikum " fikir nak taip apa nih weh. serius takda idea -__- *tepuk dahi* " tajuk entry dah wallah dah haha

 Okey hi silent readers. hehe. Sekarang aku tengah taiping while dengar lagu Piano Cover by Costantino Carrara. Serious sedap gilaa dia main T.T. Feberet aku piano cover ni. Rasa macam alaala dalam cerita drama Girls termenung jauh sambil merenung ke luar jendela angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Fuhh layan~ k berangan hahaaa

 Banyak pulak aku membebel atas ni. Skip skip agaknya kalau orang baca =.=
Cerita pasal cinta kan. Apa yang tengah berada dalam fikiran masing-masing maksud cinta tu sendiri. hmmmmmm aku bukan blogger islamic dan bukan blogger jiwang nak cerita pasal cinta siap ada hadis dan ayat Quran dan ayat jiwang2. tak pandai lagi whoooo. maafkan saya >,<


Well, kali ni aku just nak share apa yang tengah bermain-main dalam fikiran aku sendiri. Here we go.

Lately aku ada kenal dengan sorang guys ni. Merely aku boleh kenal la kalau someone tu nak kawan atau nak usha. Pengalaman sebelum ni banyak dah mengajar aku perangai lelaki ni camna 'cehh haha' Yes masa sekolah aku nakal. Crush gossip dengan mamat sana sini -__- haih macam bodoh gila bila fikir balik. Tapi sebodoh-bodoh pengalaman tulaa yang mengajar aku erti cinta sebenar, erti move on, erti sayang, erti hati taff dlm menerima hakikat sebenar. "umak ai ayat dennn weyy XD haha. Sila geli banyak kali"     
     "Experience is the best teacher"

Yeah setuju 200% dengan quote tu. Wuhuu!. Ok sambung balik cerita tadi. Sebelum aku minat or suka someone even kalau aku jumpa kawan baru tak kisah la dia guys / girls aku akan stalker dia habis-habisan. haaa. aku ni ratu stalker tau :D hihi. So far masa tu aku stalker dia, dia nampak baik la, nice, even dia tak handsome mana pun tapi ada rupa. Well said that girls memang cepat jatuh hati dengan hati baik lelaki tnpa memandang rupa Plis take note guys! So do I. Dan fakta tambahan aku ni susah gila nak suka seseorang apetah lagi sayang. 

 Sebab tu aku ramai kawan lelaki dan aku sangat sombong dengan lelaki. Sebab aku takut kalau terapat sangat nanti boleh jatuh hati. hmm :/ Pernah la jugak sebab konon aku nak menjaga gila sampai aku gaduh dengan kawan baik lelaki aku sorang tu. Dia kata aku sombong XD. hahaha. but now aku dah baik la dengan dia. Haritu mintak tolong dia ajar macam mana prosedur nak extend tarikh flight and dia just nice jela :) dan aku pernah tercrush kat dia dulu2. kahkah.  See i told ya girls and boys cannot be besftriend coz one of them will have a magnet feeling that will attract both together.  

 Dan aku pernah confess kat Guys tu yang aku suka dia dan aku taknak relay ni pengakhiran dia akan menjadi satu kekecewaan. Faham kan maksud aku? Maksud aku dari Strangers->Suka->sayang->takda jodoh/mainmain->Kecewa.
Dan aku pernah janji kat diri aku yang aku taknak main dengan perasaan cinta monyet ni lagi dah. Then he said that okey n bla bla~ Aku tak ingat apa yang dia cakap. 

 Tapi serious, masa mula-mula kenal dia dan dulu aku fikir dan kalau boleh hope sangat ada jodoh wakaka. Tapi bila fikir balik Haih bodohnyaaa kenapa la fikir camtu. mengaharap sangat --' Tapi entahlah. Ini menandakan yang aku ni seorang setia hehehehehehehe (eee geli pulak cakap camni ahahaha *gelak sorang-sorang) 

 Masa minggu aku cakap camtu aku nangis kut. Ye aku ni cengeng orangnya tak boleh tengok cerita sedih, kisah sedih kalau aku dengar aku akan menangis. Even tengok homeless tepi jalan tu pun aku boleh nangis. Nampak tak kecengengan aku? hehee. Aku taip kisah cerita aku ni pun aku boleh sedih sebab baca cerita kesedihan aku :( Farhana ni cengeng. Sila tahu ok ;)

 Masa berlalu pantas dan akhirnya aku move on dari that guy and berkat sokongan kawan-kawan aku *thanks korang :* :* sayang korang and also fikri yang bg kata-kata semangat dan nasihat kat aku* Uhuuuw imma so terharu kayh ^__^ Sebab tiap-tiap hari aku terbaca post-post yang islamik yang akan menyentapkan hati aku plus baru je haritu Kak Syuhada *kakak ni uia amik degree on engeen, kaya*  cakap pasal relayrelay ni. Dia lagi best ada abang senior yang terus jujur yang dia suka kak Ada. Dahla ex dq, hafiz, students jpa dan nama dia selalu ada kat onboard. Memang woww lah! Ada ciri-ciri calon suami tu ehehe. Kak Ada jangan kembang ea kalau terbaca XD. 

 And Im longing untuk cari that kind type of ciri-ciri macam tu :) Tapi medic lah. Dan terfikir kalau nakkan yang hebat, maka diri sendiri perlulah sebegitu rupa. Dan aku jealous gila kot dengan senior-senior yang hebat-hebat ni. Yang aktif dalam persatuan, dan aktif jugak dalam akademik, akhlak dia memang terbaiklah, solat sunat memang tak pernah tengok tertinggal. *insecure insecure insecur !!*  

 In case kalau tarbiyah diri dah kuat kukuh, iman yang mantap InsyaAllah berhadapan dengan DUA takdir Allah yakni JODOH dan MATI, InsyaAllah again takdehal bro memang takdehal. Sebab kalau kita dah niat dalam hati kita, Kita letakkan Allah dan akhirat tu pada tempat yang pertama, Allah akan permudahkan urusan kita seperti mana dalam firmanNYa


“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad ayat 7.


:)

 Ekceli entry ni panjang lagi. nanti kalau rajin update balik. 


To my future, jaga hati awak okey, jangan nakal-nakal macam saya, kuatkan iman awak, Hopefully kalau kita dah kawin nanti awak baca entry saya yang ini. hahahahaha XD lawak je lahai aku tulis cenni














No comments:

Post a Comment