Saturday, October 26, 2013

List Tawaran Saya Dapat Lepas SPM

Assalaamualaikum~

 Link blog dah tukar ye. http://farhanasuha.blogspot.com/ :)

Actually tak terfikir nak update entri ni, tapi memandangkan rasa RAJIN menguasai diri 'ehee rajin la sangat :p padahal update blog je bukannya kemas rumah'. huhu


1. Kolej Matrikulasi Pahang.

Tak silap aku yang ni first sekali kot tawaran. Ramai gila bebudak sekolah aku dapat matrik kat sini. Buat perkampungan, dorang kat sana :D Seronok dan heaven je tengok sebab ada budak sekolah kan. Masa ni aku terfikir jugak nak pergi TAPI aku masih mengharap kat UPU, MAINS dan MARA :) So, tungguu dulu~

2. Universiti Malaysia Sarawak. -KPT's scholar-


Alhamdulillah aku dapat tempat kat ipta. ASASI lagi tu~ Bukan senang tau nak masuk asasi ni daripada beberapa orang yang apply, sebeberapa je yang dapat tempat. Dan asasi ni la jalan aku nak jadi Doctor :) Masa ni, aku dah letak confirm isi borang online nak terima tawaran masuk ipta. Tinggal nak booking ticket je. Tapi aku masih mengharapkan dapat MAINS sebab dah alang-alang nak amik medic, suasana study mestilah nak oversea kan. hehe
 Selang beberapa hari kemudian~


3. University of Ain Shams, Cairo, Egypt. -MAINS's scholar

Ya Allah bersyukur gila dapat biasiswa MAINS *Majlis Agama Islam Negeri Sembilan* Kawan sekolah aku yang dapat 2 orang je :( Sorang budak pengajian Islam Hanis Nasiruddin kat Morocco. Dia amik bahasa Arab. Die ex Ketua umum SMKA PEDAS 2012. So pasal kewangan semua dan penginapan semua MAINS yang sponser :) Alhamdulillah~

Susah gila nak dapat scholar MAINS ni, kene lepas 3 stage. Dorang tapis tapis sebab nak limitkan orang. Bayangkan medic daripada 30 orang yang permohonan dia diluluskan, hanya 13 orang je yang dapat. Naik gunung panjat bukit, lari 6 km, interview lagi. Sampai demam lah. Alhamdulillah aku termasuk dalam 13 orang tu. Tengok sini camna perjalanan aku nak dapat scholar ni. 

Ada lagi 3 orang apply tapi mungkin bukan rezeki mereka kat bumi kinanah sana dan dorang sambung kat ipta asasi. Okaylah tu :) 

4. University Malaysia (UniMy) -MARA's Scholar-


Ingatkan tak dapat Mara sebab masa dalam borang dulu aku mohon biotech kat Canada dan Medic kat Jordan, siap pergi interview kat Intec Bangi, tapi tak dapat. Actually bukan lah interview tapi haa baca kat sini.

Rupa-rupanya One day pihak Mara call yang aku dapat biasiswa Mara kat IPTS. Tapi course yang ditawarkan sangat berlainan dengan minat aku dan cita-cita aku. So aku reject. Sebulan Mara kasi RM400-RM500 kut. Kayoo den kalau den trimo dulu2. Hahaa. 

Mains pun kasi around sama jugak macam Mara :) Bersyukurlah.


Apa yang penting


Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah S.W.T. yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.
Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini.
Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

Ayat yang aku kopipes. Semua ni Rezeki datang daripada ALLAH ya rahman ya rahim. Bukan sebab aku pandai/cerdik tapi sebab kehendak ALLAH dan Dia mengabulkan doa-doa aku supaya aku ni dimurahkan rezeki. Mungkin cerdik dan pandai tu hanyalah tiket2 aku yang dapat melayakkan aku untuk dapat rezeki ni.

Okayh. Hope readers nampak apa point yang aku nak cakap. Rasanya macam tengah blur sebab lappy aku ni macam ada masaalah menyebabkan entri aku ni kurang penyampaian skit. Maaflah ye :) Sekian


No comments:

Post a Comment