Friday, May 24, 2013

INTERVIEW MAINS 2013 (part 1)

Assalaamualaikum~

  Nak shareshare pasal mains ni. sharing is caring :) Actually, tahun ni tak terus interview, korang kena lepasi dulu 3 stage. Stage yang ke-3 tu baru interview. Sebab tu lah kat tajuk ada part 1, mesti pelikkan macam panjang je entry ni. haha. Apa stage dia? Baca dulu ni :D Tahun ni Mains memang strict gila nak pilih students untuk ditaja kat timur tengah, I donno why maybe sebab ramai gila yang mintak kot and ramai yang pepandai kot. Masa batch senior saya dulu 6A dah boleh dapat temuduga dah, tapi tahun ni dia select budak yang 8A ke atas. So macam kesian la jugak kat kengkawan saya yang tak dapat tu kan. *ada hikmahnya*. 

  Ehh tak biasalah guna saya, Back to da story, sebab apa aku kata mains tahun ni strict? Sebab macam tahun yang sesudahnya bila dah hantar borang permohonan terus dapat interview, but for the first time tahun ni ada 3 peringkat yang boleh melayakkan diri kita untuk ditaja. 

1.IQ test and ujian bertulis.
2.Ujian kecergasan.
3.Interview.                            *every stage dibuat lain lain hari

IQ TEST and UJIAN BERTULIS

 Alhamdulillah permohonan aku diterima. Dapat text dari mains untuk hadir ujian ni. Masa tu aku macam eh ada interview ke? Yarh, tahun lepas permohonan diluluskan terus diinterview. Yelakot. So hari2 sebelumnya puas aku menggogle pasal pengalaman diinterview ni. Datang kat PDI (pusat dakwah islam) pukul 9 pagi mama hantar. Dah sampai ada la dalam lebih kurang 70 lebih orang termasuk akak2 n abang2 stam. Daftar nama and masuk bilik kuliah, nasib baik ada kawan dr sekolah aku Fatin tp dia pengajian islam, kalau aku medic and mantan sekolah aku Ain, dia pun pengajian islam jugak. Nasib baik ade geng. Majoriti budak shams yang konker, ada la dalam 15 orang budak shams, budak pedas 3 je termasuk aku. Sikit kan? okehh bla bla bla~

 Masuk bilik khas, ada penerangan bagai by sorang uztaz tu, dia kata dia taja 10 orang untuk medic, 5 yang teratas dapat medic, the rest dapat dentist. Dalam hati aku, dapat dentist pun jadilah asalkan dapat fly, oversea. hekhek. yarh, mcam susah je nak dapat sebab ustz tu kata pasni ada lagi ujian kecergasan then baru interview. Pastu ustaz tu ada cakap jugak researh jpa kat 5 tahun lagi berlaku lambakan doktor, so jpa memang tak taja budak yang amik medic kat luar negara. Ohmyyy,

Masa iq test ada 20 soalan, dia tanya pasal bende yang menguji iq la macam tp aku rasa tak tercabar pun soalan tu, senang je :) *ehh ni tak kerek atau bangge tau. Deria rasa ada berapa? Apa beza emosi dan perasaan? lebih kurang camtulah. yang iq dia soalan objective. so dont worry sangatlah. Then, ada test macam ujian personaliti diri. Ada 160 soalan, kita jawab ya atau tidak kat  kertas jawapan yang diberi. Soalan dia such like, anda suka bercakap dihadapan khalayak orang ramai. Macam tu lah, kena jujur tau masa jawab ni :) Then ada ujian lisan, ada 4 soalan, setiap ques kena jawab dalam bentuk karangan yang harus melebihi 100 p/p and I was like :O. Tapi nasib baik tuhan kasi aku idea banyak. alhamduliillah la. genre soalan dia psyco2 belaka. haha. Saja lattew nak lemahkan semangat kitorang. Soalan essay dia tanya

Semasa anda sedang menghadapi ujian sem, anda mndapati bahawa salah seorang ahli keluarga yang paling disayangi meninggal dunia, apakah tindakan anda? 

Andai kata nama anda terlambat di listkan didalam penempatan, disebabkan kos sewa rumah yang mahal, anda terpaksa untuk berkongsi bilik dengan orang yang berlainan negara dan mazhab dengan anda dan bilik itu agak sempit dan kecil, apakah yang anda lakukan?

Apakah tindakan anda jika jarak penempatan anda ke universiti agak jauh, kuliah pula bermula seawal 7 pagi. Jika menaiki kenderaan terdapat kesesakan lalu lintas.

lagi satu soalan essay saya lupa, kalau dah ingat nnti saya update balik :) sorry

Pecah kepala otak aku kat dalam tu nak fikirkan apa tindakan kita semua, nak tambahkan ayat lagi sampai melebihi 100 p/p. Hehh. Leceh2. Lepas dah submit paper semua, orang tu dia kira markah, lebih kurang setengah jam kitorang masuk balik bilik, dia kasi surat ujian kecergasan bagi sesiapa yang lepas ujian bertulis ni, bedebar je jantung aku tunggu nama aku tak keluar2 lagi. Last lasst FARHANA NASUHA. Alhamdulillah aku pass ujian bertulis. Ain, fatin, pun dapat jugak. yeay ada gang :D Sonok aku ada geng, kalu tak mesti aku selalu terbangak2 nak cari kawan >,< 

Based on surat ujian kecergasan tu, kitorang kena tidur 2 hari 1 malam kat Lenggeng resort. So nak tau cerita lebih? sambung kat part 2 :) kat link ni.



3 comments:

  1. Salam. Memang nak jadi doktor or sekadar nak belajar oversea? Huhu. Tajdid niat betul2 because it counts to reach what we want. InsyaAllah. Goodluck.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak. Yang ujian kecergasan tu kan macam mana yee? Hehe

    ReplyDelete